Tuesday, October 4, 2011

PELAKSANAAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN SUSULAN 2011

Kajian Pengesanan Graduan telah pertama kali dijalankan pada tahun 2002 di mana Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri telah mengambil inisiatif memberikan geran bagi menyelaras kajian IPTA dan politeknik dengan menggunakan instrumen yang seragam. Seterusnya, kajian ini telah diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga tahun 2004 dan selepas itu oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Pada tahun 2006, KPT telah berjaya membuat penambahbaikan dan pendekatan baru iaitu menjalankan Kajian Pengesanan Graduan secara atas talian. Kajian ini dijalankan bersempena majlis konvokesyen di institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing.  Dengan itu, Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG I) merupakan kajian destinasi pertama bagi mengenal pasti status pekerjaan graduan dalam tempoh 3 hingga 4 bulan setelah mereka menamatkan pengajian. Data dan maklumat tersebut telah menjadi sumber utama dalam membekalkan maklumat berkaitan employability dan marketability graduan kepada kementerian dan pihak-pihak berkepentingan. 

Sebagai pelengkap kepada SKPG I, Sistem Kajian Pengesanan Graduan Susulan (SKPG II) telah dibangunkan pada tahun 2008, juga secara atas talian. Kajian susulan pertama ini telah dijalankan pada 24 November 2008 -31 Januari 2009.  Objektif utama SKPG II adalah bagi mendapatkan gambaran sebenar berkaitan dengan dunia pekerjaan graduan seperti tahap kebolehdapatan kerja, kebolehpasaran graduan, job trend dan job mobility setelah lebih setahun mereka  berada dalam pasaran pekerjaan. Maklumat dalam kajian ini diharap dapat membantu kerajaan dan IPT menggubal polisi dan merancang program-program yang lebih bertepatan dalam membangunkan modal insan negara.  Di samping itu, pelajar IPT dan para graduan dapat membangunkan kerjaya masing-masing berasaskan fakta sebenar. 

Memandangkan kepentingan maklumat yang diperolehi daripada kajian susulan, pelaksaan kajian ini dicadangkan dijalankan secara berkala. Kajian kali kedua ialah pada 15 Ogos 2011 sehingga 30 November 2011.  Kumpulan sasaran kajian ini ialah: 

i) semua graduan warganegara lulusan IPT, dalam dan luar negara yang telah menamatkan pengajian pada tahun 2006 – 2010;

ii) graduan berumur 18 – 64 tahun yang menganggur dan graduan  bekerja tetapi sedang aktif mencari pekerjaan.


INFORMASI KAJIAN SUSULAN
Ø  Kajian Graduan Susulan merupakan lanjutan kepada Kaji Selidik semasa Konvokesyen
Ø  Terbuka kepada:
  • semua graduan warganegara lulusan IPT, dalam dan luar negara yang telah menamatkan pengajian pada tahun 2006 – 2010. 
  • graduan berumur 18 – 64 tahun yang menganggur dan graduan  bekerja tetapi sedang aktif mencari pekerjaan.

Ø MENANGI hadiah-hadiah hebat seperti i-pad2, laptop, kamera, external hard disk 500GB dll.

Ø  Berpeluang melihat dan mencari kekosongan pekerjaan dalam sektor kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat antarabangsa dan lain-lain.

Ø Berpeluang mendapat kemudahan sms percuma dengan mendail 1-800-222-000 (toll free).

Ø  SUAI PADAN PEKERJAAN oleh JobsMalaysia dan Jobstreet diakhir proses soal selidik.

Ø  Sila respons dan layari graduat.mohe.gov.my/kajiansusulan atau telefon 03-8870 5115 untuk keterangan lanjut. Mesej ini disampaikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 

INFORMATION FOLLOW-UP TRACER STUDY

Ø  Graduates Follow-up Tracer Study is the continuation of MoHE Graduates Convocation Survey. 
Ø  Our main focus groups are: 
i.             All graduates of Malaysian and Foreign Higher Education Institutions that have completed their studies in the year 2006 – 2010; 
ii.            Graduates of the age 18 – 64 who are unemployed or currently working but still actively looking for new jobs. 

Ø  STAND to WIN attractive prizes such as i-pad2, laptops, cameras, external hard disk 500GB etc. 
Ø  Dial 1-800-222-000 (toll free) to get sms facilities for free. 
Ø  THOUSAND of graduate jobs position awaiting you within government, government-linked companies, multinational companies and others. 
Ø  JOB MATCHING facilities by JobsMalaysia and Jobstreet upon completion of the questionnaire. 
Ø  To participate in this survey, log on to graduat.mohe.gov.my/kajiansusulan or call 03-8870 5115 for further details. This message was brought to you by Ministry of Higher Education Malaysia.

No comments:

Post a Comment