Thursday, August 18, 2011

Selamat Datang

Saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan izinNya Kementerian Pengajian Tinggi sekali lagi berjaya melancarkan Sistem Kajian Pengesanan Graduan secara atas talian yang kedua. Sistem ini adalah bertujuan bagi meninjau status pekerjaan graduan yang telah tamat pengajian melebihi enam bulan. Ini merupakan lanjutan kepada sistem pertama yang dilancarkan pada tahun 2006. Sistem pertama adalah bertujuan untuk melihat status pekerjaan graduan sempena dengan musim konvokesyen IPT masing-masing. Kedua-dua sistem kajian ini diwujudkan kerana KPTM sentiasa prihatin dan komited untuk terus meningkatkan mutu pengajian tinggi negara secara berterusan hingga ke tahap global.

Kajian pengesanan graduan merupakan satu kaedah yang berkesan bagi KPTM mendapat input yang tepat dan cepat dalam memastikan modal insan yang dilahirkan oleh IPT negara sentiasa relevan dan sejajar dengan permintaan pasaran yang sentiasa berubah. Hasil kajian ini diharap boleh memberi maafaat bukan sahaja kepada KPTM, tetapi juga kepada negara seluruhnya.

Adalah menjadi harapan saya, kajian ini dan kajian-kajian seterusnya yang dijalankan oleh KPTM disambut baik oleh semua pihak, khususnya para graduan sekalian. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan usaha murni ini.

Sekian, Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya.


Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

No comments:

Post a Comment